sendiri mau ingat



Wednesday, September 06, 2006
Hi Apa Khabar Aisyah!

Aku telah berpisah dengan Aisyah. Itu yang kalian semua mahukan kan? Aku rasa, aku lebih gentleman jika aku melepaskan Aisyah. Aku akan lebih bahagia jika aku melihat Aisyah bahagia. Dan bertuahlah lelaki yang kini memiliki janda muda yang belum aku sentuh itu. Selamat berbahagia Aisyah.

Yang peliknya, ketika aku bergelar suami kepada Aisyah, aku sering mencari makan diluar. Aku bertenggek tak kira siapa, asalkan namanya perempuan. Tetapi setelah aku menceraikan Aisyah ketika aku masih waras, aku kini tidak ada selera lagi untuk menyentuh perempuan. Malah kalau aku rasa tak tahan pun, aku hanya melancap sendiri dan buang saja air mani aku tu ditandas. Habis cerita. Tak payah pening kepala.

Tetapi setelah aku menceraikan Aisyah, Aisyah semakin rapat dengan aku. Walaupun dikejauhan, dia rajin membalas email aku dan adakala dia yang hantar email dulu bertanya khabar. Dia juga berpesan agar aku hentikan kiriman wang setiap bulan. Oh ya hampir 2 bulan kami berpisah. kalau aku tahu kami akan rapat begini jika aku ceraikan dia, sudah lama aku ceraikan dia. Aku selesa dengan keadaan sekarang. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, tetapi dia mahu juga bercakap dengan aku. Tak seperti dulu ketika dia menjadi isteri aku, dia langsung tidak mahu bercakap, memandang aku seolah-olah dia terlalu bencikan aku, kalau aku tanya pun dia jawab sepatah je. Aku sedih mengenangkan masa lalu. Betapa aku telah banyak membuang waktu.


Posted at 10:40 pm by mr. brown vas estine
menyatakan hasrat (2)  

Wednesday, July 12, 2006
aku masih seperti dulu...

Hi lama tak jumpa. Aku hamper lupa tentang kewujudan web blog ni. Kehidupan aku seperti biasa. Aku banyak habiskan masa aku dengan wanita-wanita yang sudi berdampingan dengan aku secara rela. Sama ada diluar atau didalam bilik hatta diatas katil sekalipun.

 

Bercerita tentang aisyah kesayangan aku, aku ni dah macam jantan gila yang gila bayang. Puteri kayangan tu masih lagi jual mahal dengan aku. Tidak sekali pun aku diberi peluang untuk menyentuh dia. Aku rasa dia dah nak tamat belajar, atau mungkin dah habis agaknya. Tapi dia sengaja buat-buat sibuk, ada hal kat sana macam nak mengelak suapaya tak balik Malaysia, atau lebih jelas lagi tak jumpa aku. Aku rasa, kalau nak harapkan dia, bekulah air mani aku ni simpan lama-lama. Nak buang merata-rata membazir namanya, jadi aku pun buanglah dekat org lain.

 

Aisyah balik bila aku tegur dia. Bila aku sound yang dia dah lama tak balik, barulah dia balik. Aku tak faham apa yang dia nak, dia tak nak mintak cerai. Dia hanya tunggu aku ceraikan dia tapi dia tak kan mintak cerai. Bijak juga dia tu, dia tak mintak cerai tapi buat aku macam tunggul, jadi bila aku dah tak tahan, aku sendiri yg akan ceraikan dia, lepas tu mungkin juga dia akan cakap kat keluarga dan kawan-kawan, aku yang salah. Aku yang ceraikan dia.

 

Aku bukan nak siksa dia. Malah aku dah janji tak kan sia-siakan dia. Aku dah janji dengan arwah abang dia yang aku akan jaga dia. Dalam masa yang sama aku nak bagi dia masa untuk sukakan aku dan kami akan menikmati seks secara rela. Aku tak nak paksa-paksa. Kalau aku nak paksa pun boleh, tak salah, dia memang hak aku, isteri aku yang sah. Tapi aku tak nak paksa dia melakukan hubungan seks secara paksaan dan tidak ikhlas. Tapi nampaknya dah lama sangat aku bersabar.

 

Dulu aku takut dia mintak cerai fasakh sebab aku tak bagi nafkah. Tapi kawan aku kata, dia tak boleh buat mcm tu sebab setiap bulan aku hantar duit walaupun dia tak mintak. Dan dia sendiri pun masih belajar disana, dan aku pula kerja disini, tak logiclah kalau dia nak tuduh aku tak bagi nafkah batin sebab dah memang tanggungjawab aku cari duit, kalau aku pergi sana ikut dia, aku nak kerja apa? Nak bagi makan apa anak orang? Lagipun bukan senang nak cari kerja kat Negara orang kalau masuk tangan kosong je. Lainlah kalau company hantar ke. Mungkin itu sebabnya dia tak buat laporan tentang masalah kami. Sebab tak ada apa yang boleh dia bangkitkan sebagai tuduhan sebab nafkah zahir aku bagi, nafkah batin, dia yang mengelak. So, siapa yg nak salahkan siapa. Tapi sampai bila hal ni nak tergantung? Aku pun tak tau. Kadang-kadang aku jadi bosan dengan semua ni. Sebab tu aku banyak habiskan masa dengan dunia aku sendiri. Kalau nak pompuan, cari je kat luar. Kalau tak, duduk diam-diam. Habis cerita!

 

Aku Cuma berdoa semoga Tuhan bukakan pintu hati dia terima kenyataan bahawa akulah suami dia. Aku yakin dia perempuan baik. Aku tau dia ada kekasih kat sana. Tapi aku rasa dia dan budak lelaki tu tak ada lah sampai buat sesuatu yang terlarang. Harap begitulah. Tapi kalau buat pun, tak ada apa yang aku nak cemburukan. Itu antara dia dengan tuhan, kat akhirat nanti pandai-pandailah jawab sendiri.


Posted at 06:02 pm by mr. brown vas estine
menyatakan hasrat (1)  

Tuesday, March 07, 2006
Aisyah dan Kehidupan Masa Hadapan

aku mengenangkan nasib Aisyah pada masa hadapan kalau dia terus bersama aku. Dia tak cintakan aku (mungkin), aku sering ingin mengambil hatinya, menarik perhatiannya dan cuba mengawal keadaan tatkala kami bersama. Iman dah lama balik semula ke Nagoya. Aisyah masih bersama ku. Aku tunggu masa untuk dia meluahkan sesuatu (mintak cerai, misalnya) tapi dia juga mungkin tunggu aku yg mulakan bicara. Kalau ikutkan aku, aku tak kan lepaskan Aisyah. Aku akan biarkan Iman terlopong menunggu dan terus menunggu. Suka2 je datang jumpa suami orang, lepas tu nak mintak isteri orang macam tu je. Tu bukan gentleman tu. Tu kurang ajar namanya. Aku berdoa agar Iman segera mati pucuk dan mati keinginan untuk bersama Aisyah.

semalam hari yg paling menggembirakan aku. Pertama kali aku keluar bersama Aisyah. Asalnya aku hanya offer diri untuk pinjamkan kereta aku sebab dia nak beli barang untuk bawa balik ke Nagoya (hadiah untuk kawan2 katanya). Aisyah dah lama tak drive. dia takut kalau jadi apa2 kat kereta aku. Jadi aku sekali lagi offer diri untuk jadi driver dia merangkap peneman dia. Aku seronok walaupun sepatah haram kami tak cakap masa jalan sama-sama. Dalam kereta lagi teruk. Aku bukak radio, dia perlahankan. Jadi, suasana sangat tegang sebab masing2 membisu. Susah aku nak kawal keadaan.

"u nak cari kat mane?" aku tanya. "OU" dia jawab. lepas beberapa minit aku tanya lagi "kat mana tempat banyak pilihan cari hadiah ye?" aku tanya lagi "OU la" dia jawab. lepas beberapa minit aku tanya lagi "kita nak kemana?" aku tanya lagi. "OU kan?" dia jawab dengan nada sedikit bengang. sebenarnya aku nak cakap, aku tak selesa suasana mendung membisu mcm tu. tapi aku tak tau nak cakap ape, jadi aku tanya soalan yg sama berulang kali tanpa aku sedari.

aku temankan dia beli barang. aku nampak dia beli baju lelaki. mesti untuk Iman. tapi aku buat2 tak nampak. dia beli skaf dan baju sejuk, aku bayarkan sebab aku tau tu untuk diri dia sendiri. Dia beli beg Omega Japan saiz besar. mungkin banyak sangat barang dia nak bawak balik sana.

aku akan cari jalan nak 'main' dengan Aisyah sebelum dia balik Nagoya. Aku akan pastikan dia pegi sana bawak kenangan yg dia tak boleh lupa hingga dia lupakan Iman sampai bila2.

 

 


Posted at 08:00 am by mr. brown vas estine
katakan saja apa yg tersirat  

Wednesday, February 22, 2006
aku, dia dan Aisyah part II

aku belum lagi bagi kata putus pada Aisyah. Aku tak berniat nak gantung Aisyah tak bertali. Tapi sudah aku katakan pada Aisyah. Dia belum cuba hidup sebagai isteri aku lagi. Bila dia dah cuba hidup sebagai isteri aku, baru aku boleh terima sekiranya lelaki itu jadi pilihan dia.

Perkahwinan aku dan Aisyah tak ada perjanji apa-apa. Aku tak pernah tandatangan sebarang kontrak yang mengatakan aku tak boleh sentuh Aisyah. Aisyah hanya cakap, dia habiskan belajar, dia akan balik. Hanya sekadar kata kosong, bukan janji. Bukan juga perjanjian. Tapi aku masih berharap agar Aisyah pulang sebagai 'isteri'.

Aku rasa perjanjian ini amat perlu. Aisyah kata 'kenapa kita mesti terikat kalau awak dan saya tak nak diikat?' betul! aku juga tak nak terikat. dia pun baru saja kata yg dia tak nak terikat. masalahnya kami terikat. jadi siapa antara kami yang mampu buka ikatan itu?

mungkin aku, kerana kuasa talak ditangan aku. Mungkin juga Aisyah kerana ku kira dia berhak meminta fasak. habis? macam mana? apa masalah kami? Aisyah tak nak mintak cerai kalau bukan aku yang ceraikan dia. dan aku tak kan ceraikan dia kalau bukan dia yang mintak cerai.

apakah itu tandanya kami masing-masing nak cari salah masing-masing. memang aku tak nak ceraikan Aisyah kalau Aisyah tak mintak cerai sebab aku tak nak orang kata aku ceraikan perempuan baik lalu aku yang jahat di terus dipandang jahat. dan mungkin juga Aisyah tak nak mintak cerai selagi aku sendiri tak ceraikan dia kerana tak nak orang pandang rendah kepada dia sebab apabila seorang isteri itu mintak cerai dari suami untuk 'bersama' lelaki lain, itu dah jadi lain. habis? macam mana?


Posted at 08:56 am by mr. brown vas estine
menyatakan hasrat (2)  

Thursday, February 02, 2006
aku, dia dan Aisyah

sedikit sebanyak perbualan yg buat aku rasa nadi aku terhenti tiba-tiba.

iman? nama dia iman? oh iman? iman nak ape? nak berkenalan? tak? nak cakap sesuatu? ye silakan. tapi jangan cakap sesuatu yg mengguris perasaan. mood aku tak baik sikit hari ni. ha? ape? awak berdua ade apa2 ke? setakat ni belum ada? bila nak ade? tak tau lagi? oh! ye dia isteri saya. memang kami tak mcm suami isteri. saya rasa tentu Aisyah dah beritahu semuanya kan? jadi? apa awak nak? nak dia? nak dia kalau saya lepaskan? oh! ok. tapi diatak cakap pun nak dilepaskan? dia takde cakap apa2 pun dengan saya. kenapa? kenapa tak berani? dia tak kan mintak cerai kalau bukan saya sendiri yg ceraikan? oh! saya pun macam tu. saya pun tak kan ceraikan dia kalau bukan dia yg mintak cerai. jadi, awak balik dulu. nanti kami bincangkan. tak boleh tunggu? sabarlah! kalau jodoh tak ke mana. apa awak tanya? saya sayangkan dia atau tak? awak dah tanya dia? dia sayangkan saya atau tak? entah? saya pun takde jawapan. nanti saya fikirkan.

benar sangkaan aku. tapi meleset sedikit. Aisyah bukan minta dilepaskan tapi menuntut pembelaan. mungkin nafkah juga. dia datang bersama seorang lelaki juga belajar ditempat yg sama. dan kalau aku lepaskan Aisyah, Aisyah menerima lelaki itu setelah dia bebas dari cengkaman aku dan status seorang isteri.

mulia sungguh kau Aisyah. kau ada kekasih namun masih ingat bahawa kau adalah isteri orang. sekarang aku tau kenapa kita jadi begini. kerana kau tak rela dinikahi aku dan kau telah berpunya sebelum ini. sedangkan aku disini. beristeri atau tidak aku tetap makan luar. aku tetap kenyang. hinanya aku, Tuhan!!!

 


Posted at 01:45 pm by mr. brown vas estine
menyatakan hasrat (3)  

Wednesday, February 01, 2006
kepulangan yg dinanti...

aku tak taulah kepulangan Aisyah kali ini memang aku nantikan atau aku harap dia jangan balik lagi atau apa sekalipun. Aisyah akan pulang bersama seseorang yg tidak aku kenali untuk dikenalkan pada aku. aku jadi gementar. aku jadi takut. takut menghadapi kenyataan sekiranya Aisyah memperkenalkan kekasihnya pada aku dan minta aku lepaskannya dengan cara baik. mengapa aku perlu kecewa atau terluka? kami tidak pernah saling menyintai apalagi bercinta berapi-api. tapi entahlah!

aku rasa berat hati menyambut kepulangan Aisyah kali ini. apa yg aku rasakan sebenarnya? entahlah!

Aisyah, jangan kau pulang dengan jejaka lain. jangan kau pulang untuk minta dilepaskan. jangan kau pulan untuk meragut jantung aku ni, Aisyah! pada siapa aku merayu? pada Aisyah? kalau dia ada didepan mata aku, beranikah aku merayu begitu. tak! memang aku lelaki bacul! memang aku tak berani nak merayu begitu. kerana aku ego! ego dan bacul! memang!


Posted at 01:38 pm by mr. brown vas estine
katakan saja apa yg tersirat  

Wednesday, January 18, 2006
kasih latifah!

perkenalan kami terlalu singkat untuk aku meneruskan persahabatan hingga ketahap ini. seperti biasa aku gagal lagi. gagal mengawal diri dan gagal mengawal nafsu. serakah batinku semakin menjadi2 hingga tak terkawal lagi. Tuhan masih belum makbulkan doa aku. Latifah yg aku kenali kira-kira 2 minggu lepas telah pun berjaya aku bawa pulang kerumah. apa yg aku maksudkan dengan berjaya bukanlah kerana aku rancangkan kejadian itu atau memang aku bersungguh-sungguh inginkan kejadian itu berlaku.

mcm gadis-gadis lain, aku tetap mengatakan bahawa setiap mereka mempunyai kelebihan masing2. aku sukakan Latifah kerana sifat manjanya. dia bukan wanita yg tahu berdikari. sering merengek itu dan ini namun aku senang dengan sikapnya. mungkin kerana usianya yg muda, kerana itulah dia manja. mungkin juga... atau mungkin dia memang mengada-ngada.

walaupun dia muda, tak semestinya dia tak tahu apa-apa. dia boleh dikatakan expert dalam seks. aku sedikit merasakan sensasi bila bersamanya. kemutan yg kuat. rangsangan yg hebat dan suka menjilat. respon darinya amat memberangsangkan hingga aku benar2 keletihan dan tertidur sehingga keesokkan paginya.

pagi itu aku bangun dan Latifah sudah tiada. dia jarang menjawab panggilan aku sejak dua tiga hari ni. dianampaknya mcm sengaja nak elakkan diri. kenapa? adakah aku tak hebat diranjang? tak mungkin!

 


Posted at 12:59 pm by mr. brown vas estine
katakan saja apa yg tersirat  

Wednesday, January 11, 2006
Aisyah

Buat kali pertama Aisyah menyambut panggilanku. Dia kelihatan gembira disana. Dia akan pulang selepas musim sejuk bersama seseorang. Dia akan kenalkan aku dengan seseorang. Seseorang? Kenyataan Aisyah sangat mendebarkan aku. Aku jadi takut! Siapakah 'seseorang' yang Aisyah maksudkan?

Apa yang bermain dibenar fikiranku hanyalah, Aisyah akan memperkenalkan kekasihnya pada aku dan minta dilepaskan agar dia dapat mengahwini lelaki itu. Bersediakah aku melepaskan Aisyah. Tergamakkah aku melafazkan talak? Walaupun aku tahu kami tak bahagia. malah usia perkahwinan yang hampir setahun ini telah membuktikan aku gagal menawan hati Aisyah. Malah aku tak pernah sekalipun menjamah Aisyah. Aku rasa amat teruk bergelar lelaki. Aku benar2 rasa terhina.

Aku tak bersedia namun aku tenang menanti kepulangan Aisyah dan 'seseorang'.


Posted at 08:33 am by mr. brown vas estine
katakan saja apa yg tersirat  

Thursday, January 05, 2006
perbezaan setiap wanita yg hadir dalam hidup aku.

semua wanita itu hadir tanpa paksaan. segalanya berlaku dengan cara baik dan tenang. kami memberi dan menerima seadanya. seingat aku tidak pernah sekalipun aku bersuara tentang kelemahan semua wanita yang pernah aku tiduri. bagi aku setiap mereka ada kelebihan masing2 namun hanya seorang saja yang sukar untuk aku lupakan.

suhana. gadis manis yang kini telah bergelar isteri orang dan ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel (secomel ibunya mungkin). aku amat rindukan Suhana. Suhana mengatakan bayi itu persis wajahku. Tentulah. Bayi itu anakku, Suhana. Jangan kau lupa kenyataan itu. Suhana masih seperti dulu. Masih merayu dan menyatakan tentang rindu. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri darinya. Walaupun lelaki itu merampas Suhana dari aku, namun aku tetap tidak berhak mengganggu rumahtangga lelaki yang menghancurkan impianku.

Ah! Lelaki itu tak salah. aku yang leka hingga Suhana disunting jejaka lain. Kemudian aku mengusik hati Suhana sehingga dia curang pada suami dan lupa akan dosa pahala. Akulah puncanya. Akulah lelaki tak guna yang menjebak Suhana. Tuhan, ampunkan aku...


Posted at 08:19 am by mr. brown vas estine
menyatakan hasrat (1)  

Monday, December 19, 2005
sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa

aku dah biasa dengan lumrah dunia. mereka yang berkata2 hanya seronok berkata2. namun aku jualah yang merasainya. kerana kehidupan aku yg tiada penghujungnya. sama seperti mereka. belum tentu mereka sesempurna rasullah. cakap saja pandai. aku ingin ketawa tapi airmata ini terus saja mengalir. airmata yg mengalir dalam hati dipanggil 'hati menangis' tak nampak diluar hanya terguris didalam. apa yang orang luar nampak tentang dalaman aku?

pedulikan mereka! apa yang mereka tahu tentang kehidupan. walaupunnasibku malang aku rasa bertuah keran atuhan memilih aku menikmati kesukaran ini. bukan semua orang dapat menghadapi kehidupan seperti apa yang telah aku lalui.

mereka hanya pandai berkata2. tapi habuk pun tarak!!!


Posted at 09:38 am by mr. brown vas estine
katakan saja apa yg tersirat  

Next Page



   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed